Pantai Timur berdepan ancaman banjir antara November-Disember

LocalEnvironment
14 Nov 2026 • 10:16 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Banjir

PETALING JAYA: Cuaca hujan le­bat antara tiga hingga lima epi­sod sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencetuskan banjir di beberapa negeri terutama di kawasan rendah dan penempatan berhampiran sungai.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Besut dan Setiu di Terengganu dijang­ka menerima taburan hujan an­tara 630 hingga 950 milimeter (mm) pada November sebelum mencatatkan antara 590 hingga 890 mm pada Disember.

Sementara di Hulu Terengga­nu pula dijangka menerima ta­bu­ran hujan antara 610 hingga 920 mm pada Disember, sekali gus menunjukkan jumlah hujan bulanan yang tinggi ketika fasa awal MTL ini.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd. Anip berkata, MTL dijangka ber­terusan sehingga Mac tahun depan, dengan negeri-negeri pan­tai timur Semenanjung an­tara kawasan yang lazimnya me­nerima taburan hujan tinggi sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, tempoh November dan Disember lazimnya me­nyak­sikan taburan hujan lebih tinggi berikutan kelembapan udara yang meningkat di rantau ini se­panjang musim berkenaan.

“Penumpuan angin timuran di negeri-negeri barat Semenanjung termasuk Lembah Klang di­jangka berterusan minggu ini, sekali gus menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang boleh membawa hujan lebat pa­da sebelah petang hingga lewat malam.

“Stesen Meteorologi Subang turut merekodkan taburan hujan melebihi paras purata pada November susulan beberapa siri hu­jan lebat ekstrem di Lembah Klang sejak 1 November lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelasnya, fenomena El Nino yang kini berada pada tahap kuat dijangka terus mengukuh kepada kategori sangat kuat dan berterusan sehingga Mei 2027.

“Indeks RONI bagi kawasan Nino 3.4 mencatatkan bacaan 1.7 darjah Celsius bagi tempoh Julai hingga September 2026, manakala anomali suhu permukaan laut mingguan meningkat kepada 2.5 darjah Celsius setakat 28 Oktober lalu,” katanya.

Sementara itu, Pakar bidang klimatologi dan perubahan ik­lim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Emeritus Dr. Fredolin Tangang berkata, ba­gaimanapun fenomena El Nino kategori kuat lazimnya mengurangkan taburan hujan sepanjang tempoh berkenaan.

“Kesan El Nino terhadap ke­adaan cuaca berbeza mengikut setiap episod. Pengurangan jum­lah hujan juga tidak bermak­na hujan lebat dan banjir tidak akan berlaku sepanjang MTL,” jelasnya.

Tambahya, Malaysia menga­lami episod luruan sejuk per­tama, namun jumlah episod susulan yang mungkin berlaku sepanjang MTL sukar diramalkan lebih awal.

“Orang ramai perlu terus ber­waspada dan menjadikan ramalan cuaca MET Malaysia serta maklumat amaran banjir daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai panduan untuk membuat persediaan,” katanya.

Beliau berkata, fenomena El Nino yang masih berkembang itu dijangka mencapai kemuncak pada Disember ini, sebelum menyebabkan keadaan panas dan kering di Sabah, utara Sarawak serta Semenanjung pa­da awal tahun depan sehingga fenomena berkenaan berakhir pada Mei.

Keadaan lebih kering itu dijangka berterusan mulai Januari hingga Mac tahun depan, terutama di utara Semenanjung dan Sabah, sekali gus meningkatkan risiko gelombang haba, jerebu tempatan serta kekurangan sumber air. – UTUSAN

The post Pantai Timur berdepan ancaman banjir antara November-Disember appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved