Pantang ‘kumpau’, pemancing naikkan ikan berat lebih 506 kilogram  

6 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pantang ‘kumpau’, pemancing naikkan ikan berat lebih 506 kilogram  

CONCORD, NEW HAMPSHIRE – Seorang pemancing di New Hampshire memecahkan rekod negeri selepas menangkap seekor tuna sirip biru gergasi dengan berat lebih 506 kilogram, lapor stesen televisyen WMUR 9.

Brandon McGirl menyewa perkhidmatan serta bot menangkap ikan milik syarikat Savage Charters diketuai kapten Jamie Savage untuk semalaman, baru-baru ini. 

Dia berkata, keadaan untuk memancing ketika itu mencabar kerana laut lebih bergelora daripada mereka jangkakan.

Selepas berjam-jam menunggu, mereka nekad pulang tetapi tali pancing tiba-tiba disentap.

Mereka bertarung dengan ikan itu dalam radius kira-kira 1.6 kilometer.

“Anda berasa seperti  jantung terhenti seketika,” kata McGirl.

McGirl dan Savage kemudian menyeretnya ke pelabuhan pada kelajuan perlahan sebelum menyedari saiz sebenar tangkapan. 

Ikan tuna itu memiliki berat lebih 506 kilogram, kira-kira 69.85 kilogram lebih berat daripada pemegang rekod sebelumnya pada 2013. 

Ikan itu mungkin dihantar ke Jepun untuk dijual. – AGENSI

The post Pantang ‘kumpau’, pemancing naikkan ikan berat lebih 506 kilogram   appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved