“Pantau Influencer Kata SPM Tak Penting, Bagi Hukuman!” – Lebih 10K Pelajar Tak Hadir Duduki SPM 2023, Ibu Bapa Salahkan ‘Influencer’?

27 May 2024 • 4:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, pada hari ini pelajaran tingkatan 5 di seluruh Malaysia telah menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masing-masing.

Lebih 10 ribu pelajar tak ambil SPM

Difahamkan dari laporan Harian Metro, seramai 10600 daripada 383,685 calon SPM 2023 tidak hadir menduduki peperiksaan itu.

Kita akan teliti satu persatu, intervensi akan kita laksanakan untuk tangani perkara ini sebaiknya – Ketua Pengarah Pendidikan

Susulan berita tersebut sudah tular, netizen bukan saja meluahkan rasa risau, malah menuduh hal itu berlaku kerana pengaruh influencer di media sosial hingga membuatkan murid sekolah malas mahu mengambil kertas peperiksaan SPM.

image is not available

Terpengaruh nak jadi ‘influencer’

Ini kerana, ramai anak muda merasakan tidak penting untuk mengambil SPM kerana menjadi influencer mudah serta ada yang merendah-rendahkan ilmuan kerana tidak mampu hidup mewah seperti pempengaruh media sosial.

Disebabkan itu, ramai ibu bapa menggesa kerajaan mengambil langkah komprehensif untuk membendung isu ini berleluasa kerana bimbang pelapis negara semakin tidak mempunyai kualiti.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available 3 weeks ago

Dua Pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Berjaya Raih Tempat Kedua Dunia Dalam Peperiksaan ACCA!