Papan Kekunci Razer Huntsman V3 Tenkeyless 8KHz Kini Ditawarkan Pada Harga RM799

TechnologyGaming
13 May 2026 • 5:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika anda sedang mencari sebuah papan kekunci gaming bersaiz padat yang hadir dengan sebanyak ciri-ciri menarik yang mungkin, Razer Huntsman V3 Tenkeyless 8KHz mungkin pilihan yang cukup baik untuk anda.

Seperti yang tertera pada namanya, ia merupakan sebuah papan kekunci gaming tenkeyless yang tidak mempunyai pad nombor terbina di bahagian tepi, mengurangkan penggunaan ruang diatas meja anda. Selain daripada rekaan serba hitam dan pencahayaan RGB yang sudah biasa diperlihatkan pada produk-produk Razer, papan kekunci ini juga hadir dengan kemaskini penggunaan suis optikal yang baru.

Image from: Papan Kekunci Razer Huntsman V3 Tenkeyless 8KHz Kini Ditawarkan Pada Harga RM799

Ia menggunakan suis Razer Analog Optical Gen 2 yang merupakan suis optikal terbaru keluaran Razer yang mana setiap suis boleh diubahsuai julat pengaktifan suisnya dari 0.1mm ke 4.0mm dan mempunyai jangkahayat pengaktifan 100 juta tekanan kekunci. Tetapan set semula suis juga boleh ditetapkan pengguna untuk membolehkan suis tersebut diaktifkan semula dengan lebih cepat.

Atlit-atlit e-sukan permainan FPS dilihat lebih menggemari papan kekunci yang hadir dengan ciri sebegini kerana ia membolehkan mereka untuk memasukkan lebih banyak input sewaktu pertempuran menentang pihak lawan.

Image from: Papan Kekunci Razer Huntsman V3 Tenkeyless 8KHz Kini Ditawarkan Pada Harga RM799

Lebih menarik lagi ialah papan kekunci ini mempunyai ciri-ciri tambahan seperti Quick Actuation Adjustment Mode yang mana pengguna boleh mengubah tahap pengaktifan suis dengan cepat tanpa memerlukan perisian Razer Synapse. Hanya tekan kekunci Fn+Tab, dan kemudian tekan kekunci yang anda mahu ubah tetapan tersebut, dan gunakan kekunci arah untuk mengubahsuai tahap pengaktifan. Kemudian tekan kekunci Esc untuk menyimpan tetapan tersebut dan teruskan permainan anda seperti biasa.

Image from: Papan Kekunci Razer Huntsman V3 Tenkeyless 8KHz Kini Ditawarkan Pada Harga RM799

Rangka papan kekunci ini diperbuat daripada logam aluminum untuk memastikan papan kekunci ini tidak terkesan dengan cara permainan agresif, tetapi masih mengekalkan estetika yang cukup cantik sekali.

Razer Huntsman V3 Tenkeyless 8KHz kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM799.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved