Xiaomi baru sahaja memperkenalkan sejumlah peranti pintar dan juga aksesori-aksesori elektronik sewaktu acara pelancaran mereka semalam. Dalam pada itu, mereka nampaknya juga telah mengenaskini paparan gaming mereka, Redmi A27U dengan
Paparan Redmi A27U ini hadir dengan panel Mini LED bersaiz 27 inci dengan kemaskini resolusi 4K dengan kadar segar semula 60Hz. Ia mampu mengolah 95 peratus gamut warna DCI-P3 dan 100 peratus gamut warna sRGB dengan kejituan olahan warna delta E<1.

Dalam pada itu, ia juga hadir dengan empat sambungan output video, termasuklah HDMI, DisplayPort dan DisplayPort Alt Type-C yang boleh mengecas komputer riba pada kadar 90W.
Buat masa ini, paparan Redmi A27U ini hanya ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu pada harga 1399 yuan. Tidak mengejutkan sekiranya Xiaomi membuat pilihan untuk membawa masuk produk ini ke pasaran tempatan kelak tetapi buat masa ini tiada sebarang kenyataan mengenainya.



