Paparazzi Dianggap Biadab, Rasis Terhadap Stray Kids Di Met Gala 2024

8 May 2024 • 2:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular video mengenai seorang jurugambar Met Gala dilihat tidak menghormati ahli kumpulan K-pop, Stray Kids ketika mereka melalui karpet merah untuk sesi bergambar.

Peminat mengecam tindakan paparazi tersebut selepas jurugambar itu didakwa sengaja menimbulkan stereotaip dan komen perkauman ketika kumpulan itu melakukan debut pertama mereka di Met Gala.

“Saya tidak pernah melihat begitu banyak wajah tidak beremosi dalam hidup saya,” kata jurugambar tersebut sewaktu Stray Kids tiba di Metropolitan Museum of Art di New York.

Apabila ahli kumpulan itu menanggalkan kot mereka untuk mendedahkan sut Tommy Hilfiger yang diselaraskan dengan warna yang disesuaikan sesama mereka, jurugambar mengeluh tentang ‘dedah’.

“Kami perlu melakukannya sekali lagi, sekarang, mari kita lakukan dengan perasaan,” tambah jurugambar yang sama merujuk bahawa mereka terpaksa mengambil lebih banyak gambar.

Dalam pada itu, semasa ahli kumpulan itu berjalan menuju ke bahagian dalam muzium, jurugambar meneruskan dengan jenaka yang tidak matang dan tidak sesuai.

Walau bagaimanapun, Stray Kids dinobatkan sebagai pakaian terbaik di Met Gala oleh British GQ, dengan persalinan Tommy Hilfiger memberi pelbagai reaksi oleh peminat di media sosial.

Terdahulu, Met Gala telah berlangsung pada 6 Mei yang lalu, dengan kehadiran selebriti-selebriti terkenal menggayakan pakaian yang unik dan mengikut tema yang ditetapkan, The Garden of Time.

Stray Kids hadir ke Met Gala bersama kelapan-lapan ahli mereka iaitu Bang Chan, Changbin, Felix, Han, Hyunjin, I.N., Lee Know dan Seungmin.

Sumber: TikTok @hyushota