Lakar Sejarah Baru, STRAY KIDS Cipta Rekod Jadi Kumpulan K-Pop Pertama Hadiri Met Gala

Music
7 May 2024 • 10:23 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

STRAY KIDS telah menghadiri acara Met Gala.

Pada 3 Mei, STRAY KIDS telah mengejutkan peminat selepas mereka dilihat berada di lapangan terbang untuk menuju ke Amerika Syarikat.

Di mana ianya langsung menimbulkan spekulasi yang mengatakan bahawa mereka telah dijemput bagi menghadiri Met Gala.

Spekulasi tersebut telah menjadi kenyataan selepas Felix memuat naik satu gambar yang menunjukkan kad jemputan untuk ke Met Gala dari jenama fesyen terkenal, Tommy Hilfiger.

Tampil dengan memakai busana berwarna merah, putih dan biru dari jenama terkenal Tommy Hilfiger, STRAY KIDS telah mencipta sejarah baru dalam industri K-Pop sebagai kumpulan pertama yang menghadiri acara Met Gala dengan kesemua ahli.

Kehadiran mereka di acara tersebut telah disambut meriah dan rata-rata peminat juga telah meluahkan keterujaan serta rasa bangga mereka terhadap pencapaian terkini kumpulan tersebut di media sosial.

Terbaiklah STRAY KIDS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.