Mencipta sejarah baru, STRAY KIDS telah menjadi kumpulan K-Pop pertama yang membuat penampilan di acara Met Gala, yang diadakan pada 7 Mei untuk tahun ini.
Meskipun teruja melihat penampilan kacak 8 ahli kumpulan itu, peminat nampaknya kesal melihat layanan kasar jurugambar kepada STRAY KIDS ketika sesi bergambar di karpet merah.
Menerusi video yang telah meraih lebih 700 ribu tontonan di laman X, kumpulan itu terpaksa berdepan dengan komen biadap dari jurugambar di situ, yang mengeluarkan pelbagai kenyataan sarkastik kepada mereka.
paparazzi being SUPER disrespectful to stray kids wtf pic.twitter.com/v5MiaIFuDt
— roro²⁴ seeing purki (@flovestay) May 7, 2024
Antara komen tidak sapan yang dilontarkan adalah seperti “Mereka seperti robot”, “Tak pernah nampak wajah yang begitu tidak beremosi dalam hidup saya”, “Peminat K-Pop ni gila” dan pelbagi lagi kenyataan berbunyi racist.
Selepas klip itu tular, netizen rata-rata bengang dengan dengan sikap kurang ajar paparazi dan jurugambar di situ, serta menggesa agar Met Gala akan memilih staf yang lebih profesional di masa hadapan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Peminat K-Pop Gila” – Dimaki, Netizen Bengang Jurugambar Biadap & ‘Racist’ Pada STRAY KIDS Di Met Gala first appeared on KimchiDaily.my.



