Para SUKMA 2026: Selangor lepasi sasaran 60 emas, intai gelaran juara

9 Sep 2026 • 3:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Para SUKMA 2026: Selangor lepasi sasaran 60 emas, intai gelaran juara

SHAH ALAM, 9 SEPT: Kejayaan Kontinjen Selangor mencapai sasaran 60 pingat emas pagi tadi dalam temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 mencipta sejarah baharu buat pasukan negeri.

Ketua kontinjen Lim Yi Wei berkata pencapaian itu membuka peluang kepada Selangor untuk memburu gelaran juara keseluruhan buat kali pertama dengan temasya masih berbaki.

“Setakat ini (1.30 petang), kita dah dapat 64 pingat. Namun kita tak boleh raikan awal selagi temasya belum selesai kerana Sabah mengekori rapat,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berharap semua atlet yang masih mempunyai acara petang ini dan esok terus memberikan saingan terbaik bagi menambah pungutan pingat emas negeri.

Image from: Para SUKMA 2026: Selangor lepasi sasaran 60 emas, intai gelaran juara
Ketua Kontinjen Para SUKMA Selangor, Lim Yi Wei bercakap kepda media selepas meluangkan masa bersama Pasukan Para Angkat Berat Selangor yang sedang menjalani latihan di Pusat Kecemerlanagan Sukan Negeri Selangor, Shah Alam. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Kita harap semua atlet yang beraksi untuk acara petang ini dan esok berjuang habis-habisan mengejar pingat emas supaya Selangor dapat merangkul juara buat pertama kali,” katanya.

Terdahulu beliau meninjau perjalanan acara para memanah dan para badminton selain beramah mesra dengan barisan atlet dan pegawai di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor (KOMBES) di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata tiada mana-mana atlet Kontinjen Selangor yang mengalamai masalah kesihatan akibat pencemaran jerebu.

“Setakat ini semuanya baik. Tiada laporan berhubung masalah kesihatan melainkan kecederaan ketika beraksi. Yang lain semuanya okay,” katanya.

Terdahulu EXCO Pembangunan Sukan Mohd Najwan Halimi mengumumkan pasukan Selangor berjaya mencapai sasaran 60 pingat emas, selari dengan misi ditetapkan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor.

Menurutnya pencapaian itu membuktikan kesungguhan serta prestasi konsisten atlet para Selangor sepanjang temasya.

Para SUKMA yang berlangsung mulai 5 September lalu mempertandingkan 369 acara melibatkan 10 jenis sukan iaitu renang, olahraga, badminton, ping pong, tenpin boling, boling padang, memanah, catur, boccia dan powerlifting.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved