Paras air laut cecah 4.88 meter, penduduk Klang diminta waspada

9 Nov 2022 • 5:57 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 9 NOV: Penduduk Klang diminta waspada dengan keadaan sekeliling berikutan cuaca buruk yang diramal melanda daerah itu malam ini.

Pejabat Daerah Tanah/Klang menerusi Facebook memaklumkan Pusat Hidrogafi Nasional meramalkan air laut di Pelabuhan Klang dijangka berada pada paras 4.88 meter bermula 6.40 petang ini.

“Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kejadian ribut petir di beberapa tempat pada sebelah petang di Daerah Klang dan hujan di beberapa tempat di sebelah malam.

“Sentiasa bersedia dan peka dengan keadaan sekeliling. Laporkan sebarang kejadian bencana banjir di talian perhubungan bencana Daerah Klang,” katanya.

Berikut talian kecemasan yang boleh dihubungi jika berlaku bencana di Klang:

image is not available