Gandingan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, memulakan kempen Sukan Olimpik Paris 2024 dengan langkah kanan selepas mengetepikan cabaran daripada wakil Singapura, Hee Yong Kai Terry-Tan Wei Han Jessica, 23-21, 21-11 di Porte de la Chapelle Arena.
