Paris 2024: Tan Jie-Ee Wei tewaskan Terry -Jessica untuk masa pertama

27 Jul 2024 • 5:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tang Jie dan Ee Wei ketika beraksi menentang beregu campuran Singapura, Terry dan Jessica pada acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024, di Arena Porte De La Chapelle pada Sabtu. Foto Bernama

PASANGAN beregu campuran negara, Chen Tan Jie-Toh Ee Wei memulakan saingan acara badminton Sukan Olimpik Paris 2024 dengan menewaskan pasangan Singapura Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han hari ini.

Berada di ranking kesembilan dunia, kedua-duanya berjaya mengatasi permulaan perlahan dengan mencatatkan kemenangan 23-21, 21-12 untuk mata pertama dalam perlawanan Kumpulan D di Arena Porte de La Chapelle.

Tan Jie-Ee Wei seterusnya akan menentang Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat esok sebelum menamatkan pusingan robin menentang penyandang juara Asia Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping dari China pada Isnin.

Terdahulu, pasangan nombor dua dunia Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping menewaskan beregu dari Amerika Syarikat itu 21-11, 21-14.

Hanya dua pasangan teratas dalam peringkat kumpulan mara ke suku akhir. - Bernama

AKAN MENYUSUL