“Tunjukkan solidariti kita rakyat Malaysia kepada Azizulhasni Awang”- Nicol David

11 Aug 2024 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang juga merupakan Timbalan Chef de Mission pasukan Olimpik Malaysia edisi Paris 2024 menyeru rakyat Malaysia untuk menunjukkan bersama-sama menunjukkan solidariti kepada The Pocket Rocketman, Datuk Azizul Hasni Awang.

Perkara tersebut adalah selepas pelumba basikal trek negara itu dibatalkan penyertaannya susulan memotong terlalu awal sebelum derny keluar dari trek di velodrom di Perancis.

Menerusi kenyataan di Instagram, Datuk Nicol Ann David turut mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sejak 20 tahun lalu, Azizulhasni telah banyak membanggakan nama Malaysia di persada dunia dan memberikan sepenuhnya untuk menggenggam pingat emas meskipun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan yang mengancam keselamatan dan kesihatannya sebelum ini.

image is not available

image is not available

Jika ada seseorang yang sedih pada hari ini, beliau ialah Azizulhasni, beliau sedang mengalami kekecewaan dan selaku rakyat Malaysia, kita sepatutnya pinjamkan bahu dan hulurkan tangan.

Saya tahu yang rakyat Malaysia boleh faham bahawa satu kesilapan bukanlah penentu dedikasi dan kehormatan seluruh hidup. Kita tidak boleh lupa apa yang Azizul telah sumbangkan kepada negara ini,” tulis Nicol dalam kenyataan di Instagram.

Nicol turut mengucapkan terima kasih atas perjuangan The Pocket Rocketman dan berharap agar Azizulhasni terus mengingati kesemua perjuangan yang telah beliau curahkan kepada Malaysia selama ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.