Parkir Kereta Luar Kotak, Wanita Struggle Nak Isi Minyak Sebab Hos Tak Sampai

19 Jul 2023 • 3:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular video mengenai perempuan jenis bendul struggle mahu mengisi minyak keretanya

Parkir Kereta Luar Kotak, Wanita Struggle Nak Isi Minyak Sebab Hos Tak Sampai. Sebelum ini, satu hantaran video tular yang menunjukkan seorang wanita mengisi tangki minyak keretanya dengan memasukkan dua jenis nozel ke dalam tangki minyak keretanya.

Susulan itu, baru-baru ini muncul pula video memaparkan seorang wanita menghadapi masalah mengisi minyak keretanya yang diletakkan di luar kotak bersebelahan dengan pam minyak.

image is not available
Sumber: tiktok

Menerusi video tersebut, dia kelihatan cuba menarik nozel untuk dimasukkan ke dalam tangki tetapi tidak berjaya kerana hosnya terlalu pendek gara-gara keretanya diparkir di luar kotak.

Mengalihkan kereta buat kali kedua tetapi tetap gagal

Sementara itu, selepas mengembalikan nozel ke pam, dia cuba mengalihkan kenderaan, sebuah Perodua Axia itu bagi memudahkannya mengisi buat kali kedua.

image is not available
Sumber: tiktok

Anehnya, dia mengalihkan keretanya membelakangi pam kerana dengan harapan agar tangki minyak lebih dekat dan mudah dicapai.

Bagaimanapun, langkah tersebut tetap gagal kerana keretanya masih jauh dari pam minyak. Namun, lokasi dan waktu kejadian tersebut dirakam tidak dinyatakan.

Rata-rata netizen berseloroh dengan kejadian tersebut

Menjengah ke ruangan komen pula, pelbagai reaksi yang dilontarkan warga maya terhadap situasi berkenaan.

Dalam pada itu, ramai yang berseloroh mengenai kejadian tersebut dan mengatakan disebabkan itu perempuan memerlukan lelaki dalam hidup mereka.

Baca juga artikel yang berkaitan: