
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di Threads menunjukkan video seorang pakcik menegur individu yang meletakkan kenderaan di tempat ruangan khas bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Klebang Walk, Melaka.
Difahamkan pemandu kereta yang meletakkan kenderaan di situ sememangnya seorang OKU dan mempunyai kecacatan fizikal pada kaki. Menurut isteri kepada pemandu kereta itu, suaminya memakai kaki palsu dan bukannya kerusi roda.
Pakcik Minta Pemandu OKU Yang Tidak Berkerusi Roda Letak Kereta Di Tempat Lain
Pakcik tersebut kemudiannya meminta pemandu terbabit supaya mengalihkan kereta ke kawasan parkir yang lebih dekat dengan pintu masuk bagi memberi ruang parkir itu kepada OKU yang memakai kerusi roda.
Difahamkan petak parkir itu lebih luas sekaligus memudahkan urusan OKU berkerusi roda keluar dan masuk ke dalam kereta.
Ramai Persoal Hak Letak Kenderaan Di Petak Parkir OKU
Bagaimanapun, situasi itu berakhir dengan perbalahan yang mana kedua-dua pihak mahu meletakkan kereta di parkir yang sama. Video tular itu kemudiannya telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen tentang hak sebenar parkir OKU.
Ada yang mempersoalkan sama ada parkir OKU ini dikhaskan buat individu yang mempunyai kecacatan fizikal dan yang menggunakan kerusi roda sahaja.
Peguam Perjelas Siapa Yang Berhak Guna Petak Parkir OKU
Bagi menjawab pertanyaan itu, peguam dari firma guaman Arif Azmi & Co, Arif Azmi berkata ramai sebenarnya yang salah faham mengenai isu penggunaan petak parkir OKU.
Jelasnya, seseorang tidak boleh menghalang atau menghalau pemegang kad OKU daripada meletakkan keretanya di petak parkir berkenaan dengan alasan beliau tidak menggunakan kerusi roda.
Syaratnya, individu yang meletakkan kenderaan di situ perlulah mempamerkan pelekat (sticker) OKU.
“Undang-undang Malaysia Tak Pernah Hadkan Petak OKU Kepada Pengguna Berkerusi Roda Sahaja” – Peguam
Menurut Arif, undang-undang di Malaysia tidak pernah mengehadkan petak OKU kepada pengguna berkerusi roda sahaja.
“Sebaliknya Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) mentakrifkan ‘orang kurang upaya’ secara luas, iaitu mereka yang mempunyai kekurangan fizikal, mental, intelek atau deria jangka panjang, dan Kad OKU yang dikeluarkan adalah bukti konklusif bahawa pemegangnya ialah OKU yang sah berdaftar.”
Baca Artikel Berkaitan: Banyak Motor Diparkir Halang Laluan OKU Di LRT, Atlet Paralimpik Mahu Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Pentingkan Diri!” – Pemilik Motosikal Parkir Di Petak OKU Hingga Sukarkan Wanita Tolak Wheelchair Tuai Kecaman [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Bengang Kereta Dikunci Kerana Parkir Tempat OKU, Lelaki Ini Tak Puas Hati Dakwa Ada Kecemasan [Video]
Jika Pengguna Tak Ada Kad & Tak Papar Sticker OKU, Kenderaan Boleh Disita PBT
Tambahnya, undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula hanya memperuntukkan pengguna petak tersebut memiliki atau mempamerkan kad OKU dan pelekat OKU pada kenderaan, tanpa meletakkan sebarang syarat bahawa dia harus menggunakan kerusi roda.
“Maka yang benar-benar melakukan kesalahan ialah individu yang meletak kereta di petak OKU tanpa kad serta sticker OKU, dan pihak berkuasa malah boleh mengalih atau menahan (sita) kenderaan tersebut.
“Jadi lain kali sebelum anda angkat telefon untuk merakam, menghalang atau menghalau seseorang hanya kerana dia ‘tidak nampak’ seperti OKU, ingatlah yang tidak berasas itu bukan kehadiran mereka, tetapi tindakan anda,” jelasnya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: “Pelekat OKU Berbeza” -Didakwa Saman Lelaki Berkerusi Roda Kerana Letak Kereta Di Petak Khas, Ini Respon MPKL
Baca Artikel Berkaitan: Anggota Polis Trafik Disaman Gara-gara Letak Motosikal Di Tempat Letak Kenderaan OKU [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Baru Tahu..” – Video Lelaki OKU Alih Motor Halang Laluan Tactile Di MRT Buat Ramai Buka Mata [Video]


![[VIDEO] ‘Sikit lagi nak masuk alam lain’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-06-at-3.57.23-PM-1024x758.jpeg)
