[VIDEO] ‘Sikit lagi nak masuk alam lain’

LocalEnvironment
6 Sep 2026 • 4:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Sikit lagi nak masuk alam lain’

PETALING JAYA – “Sikit lagi nak masuk alam lain.”

Itu luahan seorang pengguna jalan raya selepas memandu di Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE), pagi tadi.

Menggunakan profil @Mawxrare di media sosial, individu berkenaan turut memuat naik video yang dirakam pada pukul 7.25 pagi tadi.

Rakaman itu memaparkan kenderaannya dipandu dengan jarak penglihatan yang terhad di laluan berkenaan akibat keadaan berjerebu.

Hantaran tersebut turut mencetuskan perhatian pengguna media sosial yang menyifatkan keadaan itu berbahaya kepada pengguna jalan raya.

“Bahaya memandu malam. Lagi-lagi kereta sekarang banyak pakai lampu putih,” ujar @Lehkewl.

“Seram ni, takut tiba-tiba keluar lebuh raya dah tahun 2036,” seloroh @Yonkuro.d.

“Alamak, teruknya! Baru rancang nak pergi Desaru,” kongsi @Hellogrrrrr. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Sikit lagi nak masuk alam lain’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved