PARLIMEN: Hukuman lebih berat terhadap pencuri kabel

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 4:19 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PARLIMEN: Hukuman lebih berat terhadap pencuri kabel

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkukuh tindakan terhadap kes kecurian kabel, termasuk mempertimbangkan pindaan undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pelaku.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, langkah itu penting berikutan kes kecurian kabel yang bukan sahaja menyebabkan kerugian, malah menjejaskan operasi pengangkutan awam dan keselamatan pengguna.

Katanya, antara kes yang berlaku termasuk gangguan operasi Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya akibat kehilangan kabel yang dicuri sindiket.

“Memang KPKT sentiasa berinteraksi dengan KDN supaya kita bukan sahaja mungkin perlu pinda undang-undang supaya hukuman yang lebih berat dikenakan kepada kes kecurian kabel.

“Kerana beberapa kali terjadi LRT dekat Kelana Jaya tidak dapat beroperasi, bukan akibat daripada kesilapan operasi tetapi akibat daripada kehilangan kabel, dicuri oleh sindiket,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Mumtaz meminta menteri menjelaskan tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh KPKT untuk menangani masalah kecurian kabel.

Dalam hal ini, jelas Kor Ming, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memainkan peranan dalam usaha membanteras kegiatan berkenaan menerusi sistem penguatkuasaan yang dilaksanakan.

Katanya, tindakan tegas turut perlu dikenakan terhadap pihak yang menerima atau membeli barangan curi kerana perbuatan menerima harta curi juga merupakan satu kesalahan jenayah.

“Receiving stolen property is a crime ( Menerima atau menyimpan harta curi merupakan satu kesalahan jenayah).Sebab itu kita memberikan isyarat yang penting sekiranya ditangkap, hukuman setimpal akan dikenakan,” katanya.

Katanya, tindakan bersepadu itu penting bagi memastikan kegiatan pencurian kabel dapat dibendung sekali gus menjaga keselamatan awam dan kesejahteraan rakyat. – UTUSAN

The post PARLIMEN: Hukuman lebih berat terhadap pencuri kabel appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved