Parlimen rakam takziah buat Tun M

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 11:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Parlimen rakam takziah buat Tun M

 

 

KUALA LUMPUR – Parlimen Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 28 September lalu.

Ucapan takziah itu dimaklumkan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor pada pembukaan Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Kelima Parlimen ke-15, hari ini.

“Saya bagi pihak Parlimen Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri dan Ketua Majlis serta keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali,” katanya.

Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada 28 September lalu di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada usia 100 tahun.

Allahyarham dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, melalui Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

The post Parlimen rakam takziah buat Tun M appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved