“Alhamdulillah Nampak Semakin Bersemangat” – Tun M Tidak Lagi Guna Oksigen Ketika Ziarah Pusara Tun Hasmah

4 Oct 2026 • 4:35 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: “Alhamdulillah Nampak Semakin Bersemangat” – Tun M Tidak Lagi Guna Oksigen Ketika Ziarah Pusara Tun Hasmah

PUTRAJAYA: Perkongsian seorang pengguna Threads mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menziarahi pusara Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menarik perhatian ramai, khususnya apabila beliau dilihat semakin bersemangat.

Perkongsian oleh pengguna Threads @shariqulaiman itu dibuat selepas beliau terserempak dengan Tun M yang hadir bersama ahli keluarga untuk menziarahi pusara Tun Hasmah.

Tun M Datang Bersama Keluarga

Menurut perkongsian tersebut, dia terlebih dahulu singgah di pusara Tun Hasmah selepas selesai berjoging di Dataran Putrajaya pada pagi tadi.

Tidak lama kemudian, Tun M bersama ahli keluarga tiba untuk melakukan ziarah.

Tidak Lagi Menggunakan Oksigen

Apa yang mencuri perhatian, Tun M dilihat sudah memakai pakaian rasmi dan tidak lagi menggunakan bantuan oksigen.

Malah, Tun M turut sempat berpusing menghadap mereka yang berada di situ sebelum selesai menziarahi pusara dan berangkat pulang.

“Alhamdulillah nampak Tun M semakin semangat,” tulisnya.

Ramai Titip Doa Buat Tun M

Perkongsian itu kemudian menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Threads yang rata-rata meluahkan rasa syukur serta mendoakan agar Tun M terus diberikan kekuatan dan kesihatan.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk:

“Alhamdulillah. Semoga Tun terus kuat.”

“Syukur alhamdulillah. Moga Tun terus sihat.”

Seorang lagi pengguna turut menitipkan doa agar Tun M terus kuat dan tabah menghadapi keadaan semasa.

“Tun kena kuat, tabah..”

Ada juga pengguna yang menyifatkan Tun M sebagai sosok penting buat negara, selain mendoakan agar beliau terus diberikan kekuatan.

“Sekiranya Tun Hasmah ibu negara, anda adalah tiang negara.”

Rata-rata komen yang ditinggalkan turut menunjukkan rasa lega dan gembira selepas melihat perkembangan terbaharu mengenai keadaan Tun M. – The Malaysian Update

The post “Alhamdulillah Nampak Semakin Bersemangat” – Tun M Tidak Lagi Guna Oksigen Ketika Ziarah Pusara Tun Hasmah appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved