‘Parti kucing’ dalam PN? UMNO Kedah tegas hanya mahu runding dengan PAS

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 12:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

UMNO Kedah mengesahkan pendirian untuk memulakan perbincangan awal secara tidak rasmi dengan PAS, namun menegaskan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Buat perbincangan dengan PAS

Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyatakan, keputusan itu dibuat susulan struktur PN yang turut dianggotai beberapa parti kecil yang disifatkannya sebagai tidak mempunyai pengaruh politik yang kukuh.

“UMNO Kedah membuat keputusan kita akan memulakan perbincangan dengan PAS, tetapi tidak dengan PN. Ini kerana di dalam PN terdapat ‘parti kucing’, parti yang baharu ditubuhkan dan kecil.
“Malah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sendiri pernah menyebut kita tidak akan berunding dengan parti kerdil.
“Jadi, UMNO Kedah hanya akan berbincang secara terus dengan PAS,” katanya.

Perkara tersebut dinyatakan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) .

Image from: ‘Parti kucing’ dalam PN? UMNO Kedah tegas hanya mahu runding dengan PAS

FB Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

UMNO Kedah berada di tahap optimum

Sementara itu, ketika menyentuh kesiapsiagaan jentera parti di peringkat negeri, Shaiful Hazizy berkata UMNO Kedah kini berada pada tahap optimum untuk menghadapi persaingan politik meskipun berdepan pelbagai cabaran sebelum ini.

“Kestabilan dalaman parti di peringkat negeri kekal kukuh dan sebarang perbezaan pandangan antara kepimpinan bahagian adalah perkara biasa yang tidak menjejaskan perpaduan parti apabila pilihan raya bermula.
“Kekuatan asas kita masih utuh. Sehingga kini, ahli UMNO aktif di Negeri Kedah mencatatkan seramai 284,994 orang yang merangkumi 2,228 cawangan di seluruh negeri. Angka ini membuktikan jentera kita sentiasa sedia untuk menggalas amanah parti,” katanya.
Image from: ‘Parti kucing’ dalam PN? UMNO Kedah tegas hanya mahu runding dengan PAS

FB Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved