Parti Wawasan Negara bertanding PRN Johor, Negeri Sembilan

LocalPolitics
13 Jun 2026 • 6:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Parti Wawasan Negara bertanding PRN Johor, Negeri Sembilan
Dr Ahmad Samsuri (kanan), Abdul Hadi (tengah) dan Hamzah (kiri) yang hadir pada konvensyen di Tanah Merah. FOTO: ADILA SHARINNI WAHID
Image from: Parti Wawasan Negara bertanding PRN Johor, Negeri Sembilan
Logo Parti Wawasan Negara.

TANAH MERAH – Parti Wawasan Negara yang baru diumumkan pada Sabtu akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Negeri Sembilan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, parti berkenaan akan menggunakan logo PN dalam pilihan raya tersebut.

“Parti Wawasan Negara akan bertanding di kedua-dua PRN iaitu di Johor dan Negeri Sembilan.

“Mereka akan pakai logo PN,” katanya pada sidang akhbar selepas Konvensyen Reset di sini yang dirasmikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

**media[3550188]**

Turut hadir, pengasas Gerakan Reset, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Pada masa sama, Dr Ahmad Samsuri turut memaklumkan mana-mana parti yang memohon untuk menyertai PN termasuk Parti Wawasan Negara akan dibawa perbincangan dalam mesyuarat.

“Mengikut Perlembagaan ia memerlukan persetujuan majoriti parti dalam PN.

“Prosesnya mereka membuat permohonan dan kita akan bawa ke dalam mesyuarat,” katanya.

Bagi PRN Johor hari penamaan calon akan diadakan pada 27 Jun ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai dan mengundi pada 11 Julai depan.

PRN Negeri Sembilan pula, penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai diikuti pengundian awal pada 28 Julai dan mengundi pada 1 Ogos.