Musyawarah, SD pilih Hamzah Ketua Pembangkang - Abdul Hadi

LocalPolitics
13 Jun 2026 • 6:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Musyawarah, SD pilih Hamzah Ketua Pembangkang - Abdul Hadi
Abdul Hadi (tengah) bersama Hamzah (kiri) dan Ahmad Samsuri pada Konvensyen Reset Malaysia yang diadakan di Tapak Ekspo, Taman Harmoni, Tanah Merah pada Sabtu.
Image from: Musyawarah, SD pilih Hamzah Ketua Pembangkang - Abdul Hadi
Abdul Hadi merasmikan Konvensyen Reset Malaysia di Tapak Ekspo, Kota Harmoni.
Image from: Musyawarah, SD pilih Hamzah Ketua Pembangkang - Abdul Hadi
Abdul Hadi membuat pengumuman itu di Konvensyen Reset Malaysia di Tapak Ekspo, Kota Harmoni.

TANAH MERAH - Keputusan mengekalkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang dibuat menerusi proses musyawarah melibatkan pimpinan parti dan ahli-ahli Parlimen yang menyokong Perikatan Nasional (PN), kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, persetujuan itu turut disokong menerusi Surat Akuan Bersumpah (SD) yang ditandatangani ahli-ahli Parlimen terlibat.

"Musyawarah dalam Pas sendiri dan termasuk ahli-ahli Parlimen. Kita mendapat SD ahli-ahli Parlimen," katanya semasa sidang akhbar pada Konvensyen Reset Malaysia yang diadakan di Tapak Ekspo, Taman Harmoni di sini pada Sabtu.

Hadir sama ialah Ketua Gerakan Reser Malaysia, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Pengerusi PN, Datuk Seri Ir Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

**media[3550149]**

Terdahulu Pas dan Gerakan Reset pada Sabtu mencapai persetujuan untuk mengekalkan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan kepimpinan pembangkang di bawah struktur sedia ada, selain mengekalkan kestabilan kerjasama antara parti-parti dalam blok berkenaan.

Pada masa sama, Ahmad Samsuri turut dikekalkan sebagai Pengerusi PN.

Abdul Hadi membuat pengumuman itu di Konvensyen Reset Malaysia di Tapak Ekspo, Kota Harmoni di sini.

**media[3550150]**

Pada 16 Meli lalu PN melantik Ahmad Samsuri sebagai Ketua Pembangkang yang baharu, menggantikan penyandang, Hamzah.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ketetapan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Tertinggi gabungan itu yang dipengerusikan Ahmad Samsuri di sini.