PAS bersyukur kejayaan pakar IJN rawat Hadi Awang, ucap terima kasih doakan kesihatan

LocalPolitics
18 Jun 2025 • 11:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang, selepas beliau selamat menjalani satu prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) semalam.

image is not available

Ucap terima kasih kepada pakar IJN rawat Hadi Awang

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan rasmi menyatakan penghargaan kepada kepakaran dan komitmen tinggi petugas IJN yang berjaya melaksanakan rawatan tanpa sebarang komplikasi.

“PAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan pakar dan petugas kesihatan di IJN atas kejayaan menjalankan prosedur rawatan ke atas Tan Sri Tuan Guru seperti yang telah dirancang tanpa sebarang komplikasi.

“Kepakaran, kecekapan serta komitmen tinggi di pihak IJN amatlah kami hargai,” katanya.

image is not available

Pakar IJN rawat Hadi Awang sehingga prosedur kesihatan berjaya

Dalam kenyataan sama, PAS turut menyeru semua ahli dan rakyat Malaysia supaya terus berdoa agar negara sentiasa berada dalam kesejahteraan dan terpelihara daripada segala bencana dan wabak penyakit.

“Semoga negara kita dan seluruh rakyatnya sentiasa berada dalam kesejahteraan di bawah lindungan Tuhan, Insya-Allah,” ujarnya.

image is not available

Untuk rekod, Abdul Hadi sebelum ini pernah mendapatkan rawatan susulan di IJN pada Januari 2024 serta pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali termasuk pada tahun 2014, 2021 dan 2023 atas faktor kesihatan.

Sumber: Facebook Takiyuddin Haji Hassan