Pas Johor sasar 5,000 ahli baharu menerusi Kempen Pas Pilihanku-JDT

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 10:44 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pas Johor sasar 5,000 ahli baharu menerusi Kempen Pas Pilihanku-JDT

JOHOR BAHRU: Badan Perhubungan Pas Negeri Johor menyasarkan pendaftaran seramai 5,000 ahli baharu menerusi pelancaran Kempen Pas Pilihanku-JDT yang akan dimulakan secara rasmi Oktober ini hingga Mac 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Kempen Pas Pilihanku-JDT, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, inisiatif selama enam bulan itu bertujuan memperluas keahlian parti secara tersusun dan menyeluruh di negeri ini.

Dia yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor memberitahu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah melancarkan kempen tersebut secara rasmi pada Majlis Perasmian Konvensyen Pas Negeri Johor di Dewan Muafakat, Ayer Hitam, 22 Ogos lalu.

“Bagi memastikan kempen berjalan lancar, satu jawatankuasa khas telah diwujudkan dengan penglibatan pelbagai agensi dan entiti parti termasuk Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) yang merupakan wadah Ahli Bersekutu.

“Kempen ini bukan sekadar usaha menambah bilangan keahlian, sebaliknya menyasarkan untuk memperluas ruang penglibatan masyarakat dalam pelbagai gerak kerja dan aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan parti,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Khairul Faizi, pelbagai program menarik dirancang sepanjang tempoh enam bulan kempen sebagai usaha mendekati pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

“Antara aktiviti utama termasuk penganjuran Karnival Pas Pilihanku-JDT, pembukaan kaunter pendaftaran di pelbagai lokasi strategik, Kempen Keluargaku Ahli PAS serta aktiviti kemasyarakatan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.-UTUSAN

The post Pas Johor sasar 5,000 ahli baharu menerusi Kempen Pas Pilihanku-JDT appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved