Pas mahu Johor ditadbir pemimpin Melayu-Islam, bukan Melayu tidak ekstrem

LocalPolitics
9 Jul 2026 • 7:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pas mahu Johor ditadbir pemimpin Melayu-Islam, bukan Melayu tidak ekstrem
Abdul Hadi

MUAR – Pas tanpa berselindung mendedahkan strategi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri terus diterajui pemimpin Melayu.

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu sedia bantu dan tampung kerajaan demi kekalkan kepimpinan Melayu-Islam di negeri berkenaan.

"Kalau menang di Johor, UMNO jadi Menteri Besar, terpulang kepada mereka hendak melantik siapa sebagai Exco.

"Kalau ada kelemahan, Pas boleh tampung kelemahan itu tetapi bergantung kepada jumlah kerusi yang Pas menang.

“Jika BN tak menang majoriti mudah atau tak cukup majoriti, boleh campur kerusi Pas untuk tampung bentuk kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar selepas Grand Finale PN-Pas di Laman Muafakat, Bakri pada Rabu.

Abdul Hadi berkata, pihaknya juga tiada masalah dengan memberi sokongan kepada MIC dan MCA asalkan tidak menjejaskan kedudukan kerajaan yang diterajui orang Melayu.

“Yang penting ialah kekuasaan politik Melayu-Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem seperti MCA dan MIC.

“Tapi kalau BN dah cukup kerusi, Pas tidak ada masalah,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved