Pas My50 Boleh Diperbaharui Menggunakan TNG eWallet Bermula 1 Julai

TechnologyDigital
26 Jun 2025 • 12:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri memperbaharui My50 menggunakan TNG eWallet diumumkan pada November 2024 sebelum kemudiannya dijanjikan akan dilancarkan pada bulan Mei 2025 sebelum ditangguh tanpa sebarang sebab. Tetapi hari ini akhirnya ia disahkan akan beroperasi bermula 1 Julai dalam majlis yang dihadiri oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

image is not available

Bermula 1 Julai, proses memperbaharui pas boleh dilakukan terus menerusi aplikasi TNG eWallet tanpa perlu lagi melakukannya di kaunter secara fizikal seperti sebelum ini. Proses melakukannya adalah seperti di bawah.

  • 1. Pilih Travel Pass dalam aplikasi TNG eWallet.
  • 2. Sentuh kad Touch ‘n Go yang menyokong NFC untuk ia dipautkan ke dalam aplikasi.
  • 3. Tekan Travel Pass My50.
  • 4. Pilih tarikh pengaktifan My50.
  • 5. Tekan setuju terma & syarat dan lakukan pembayaran.
  • 6. Sentuh semula kad Touch ‘n Go ke sensor NFC telefon untuk pengaktifan.

My50 boleh digunakan untuk perjalanan menggunakan LRT, MRT, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT. Pengguna masih boleh melakukan proses memperbaharui pas My50 secara fizikal di semua stesen tren Rapid Rail.