TNG eWallet Perkenal Akaun Perniagaan – Terima Dana Segera, Lihat Transaksi Dengan Mudah

TechnologyDigital
19 Jun 2025 • 2:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Touch n Go eWallet kini hadir dengan penawaran baharu, dinamakan “Business Account” ataupun “Akaun Perniagaan”. Penawaran ini disasarkan kepada pemilik perniagaan mikro, kecil dan sederhana, sekaligus memudahkan lagi pengurusan transaksi ketika era digital kini.

image is not available

Menggunakan TNG Digital Business Account ini, pemilik perniagaan boleh dengan mudah melihat transaksi, menerima dana dengan segera, memindahkan wang ke akaun bank lain, serta memuat-turun penyata kewangan sehingga 90 hari. Pemilik perniagaan turut boleh memberikan akses kepada sehingga 20 ahli pasukan atau pekerja lain untuk mengakses dan melihat dana yang masuk – sesuai sekiranya mereka menjaga kaunter pembayaran dan menyemak pembayaran yang diterima.

Pihak Touch n Go eWallet mengatakan akaun ini boleh didaftar dalam masa kurang 30 minit, dan membolehkan pengguna menyimpan sehingga RM500,000 dalam akaun. Tiada sebarang yuran dikenakan untuk penggunaan akaun ini.

Bagi anda yang berminat, boleh ke aplikasi Touch n Go eWallet hari ini, dan ke halaman My Business, dan seterusnya Dashboard dalam memulakan pembukaan akaun perniagaan ini.