Pas sah hadir PAU 2026

LocalPolitics
1 Sep 2026 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pas sah hadir PAU 2026
Takiyuddin menunjukkan surat jemputan daripada UMNO untuk menghadiri PAU 2026 di Dewan Merdeka, WTC KL yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 12 September depan. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Pas mengesahkan akan hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 12 September depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya baru menerima jemputan rasmi daripada UMNO pada Selasa, surat bertarikh 28 Ogos lalu bagi menghadiri perasmian perhimpunan berkenaan.

Menurut beliau, jemputan itu ditujukan kepada Presiden Pas, Setiausaha Agung serta dua lagi wakil daripada parti berkenaan.

"Saya mengesahkanlah bahawa kita akan ada wakil. Saya sendiri akan menghadiri majlis tersebut," katanya semasa menghadiri mesyuarat akhir persiapan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di sini pada Selasa.

Sebelumnya, UMNO memanjangkan jemputan rasmi kepada pucuk pimpinan tertinggi Pas untuk menghadiri PAU 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 12 September depan.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, keputusan itu dibuat sebagai tanda penghormatan selain membalas jemputan parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas di Kelantan.

Bagaimanapun, Takiyuddin memberitahu, kehadiran Presiden Pas masih belum dapat dipastikan dan bergantung kepada keadaan kesihatannya.

"Kalau Tok Guru (Tan Sri Abdul Hadi Awang) tak pergi, ada wakil dialah. Timbalan Presiden ke atau siapa sahaja akan wakil Presiden," katanya.

Ujar beliau, dua lagi pimpinan Pas akan turut hadir, namun nama dua wakil tambahan masih belum dimuktamadkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved