Buruh sawit mengaku salah cederakan bapa guna buah cempedak

1 Sep 2026 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Buruh sawit mengaku salah cederakan bapa guna buah cempedak
Seorang buruh sawit mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu pada Selasa atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bapa kandungnya menggunakan buah cempedak pada 13 Ogos lalu. - Foto: SINAR HARIAN/HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Seorang buruh sawit mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bapa kandungnya menggunakan buah cempedak pada 13 Ogos lalu.

Tertuduh, Muhamad Zarid Danial Rahim, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkipli Nik Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap bapanya, Rahim Mamat, 58, menggunakan sebiji buah cempedak.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 11 pagi pada 13 Ogos lalu di sebuah rumah di Kampung Sungai Johar, Kuala Krai.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Seksyen 325 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga dua kali ganda daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan berkenaan sekiranya mangsa merupakan ahli keluarga.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Oktober depan untuk sebutan fakta kes dan hukuman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved