Pas tanding solo jika rundingan gagal

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 6:45 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pas tanding solo  jika rundingan gagal

PETALING JAYA: Pas bersama rakan komponennya bersedia bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya rundingan kerjasama termasuk Barisan Nasional (BN) gagal mencapai persetujuan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jentera parti dan rakan komponen telah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan termasuk jika kerjasama politik dapat diwujudkan atau sebaliknya.

“Bagi kami, itu hak Barisan Nasional (BN) untuk menga­da­kan perundingan dengan mana-mana pihak. Pas bersedia sama ada kerjasama atau sebaliknya.

“Apa yang penting, jentera parti dan rakan komponen te­lah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dan kita perlu berdiri di atas kekuatan sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Media sebelum ini melapor­kan, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi men­gesahkan gabungan itu akan mengadakan rundingan dengan dua pihak secara bera­singan minggu depan bagi membincangkan kerjasama meng­hadapi PRN Melaka.

Ahmad Zahid berkata, ke­dua-dua pertemuan itu diatur pada tarikh dan waktu berbeza serta akan diwakili Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti dua pihak berkenaan sama ada membabitkan Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) atau parti lain.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, persiapan jentera Pas bagi menghadapi PRN Me­laka sudah dimulakan sebelum PRN Negeri Sembilan lagi.

“Bahkan, kami yakin rakyat akan terus bersama Pas dan rakan komponen dalam menghadapi PRN Melaka,” katanya. – UTUSAN

The post Pas tanding solo jika rundingan gagal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved