PH tidak tunggu rundingan, sedia hadapi PRN Melaka

LocalPolitics
12 Sep 2026 • 2:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: PH tidak tunggu rundingan, sedia hadapi PRN Melaka

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) tetap meneruskan persiapan dan gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di sebalik ketidakpastian dalam rundingan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN)

Pengerusi PH Melaka, Adam Adli Abdul Halim berkata, gabungan parti itu malah bersedia bertanding secara solo rundingan kerjasama antara parti itu tidak mencapai persetujuan.

Menurutnya, setiap parti mempunyai hak untuk menentukan pendirian masing-masing dalam menghadapi pilihan raya dan PH menghormati sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh UMNO dan parti-parti lain.

“Memang kena sentiasa bersedia sebab rundingan atau tiada rundingan itu pilihan masing-masing. Setiap parti ada hak untuk buat keputusan.

“Kita di Melaka, walaupun kalau kita berlawan, berselisih tetapi hujung-hujung kita kena hormat satu sama lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kampung Angkat Madani di Sungai Putat di sini hari ini.

Adam Ali yang juga Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka menjelaskan, PH tidak melihat ketiadaan rundingan rasmi sebagai alasan untuk menangguhkan persiapan menghadapi PRN.

Menurutnya juga, soal sama ada PH akan bergabung dengan parti lain atau bertanding secara bersendirian bukan perkara utama yang perlu dipertikaikan ketika ini.

“Rundingan atau tidak rundingan tak jadi masalah lagi. Kalau kita bersaing di semua kerusi yang ditandingi pun tidak jadi isu kerana kita memang sebelum ini pun macam itu juga. Hak masing-masing kita hormat, apa yang mustahak sebenarnya dalam persaingan tersebut jangan sampai rakyat tak dapat apa-apa,” katanya.

Beliau berkata, PH akan terus memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya dengan membawa pendekatan politik yang lebih bertanggungjawab dan berorientasikan kepentingan rakyat. – UTUSAN

The post PH tidak tunggu rundingan, sedia hadapi PRN Melaka appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved