
KOTA BHARU: Pas yakin agenda penyatuan ummah diberikan pekenanan pada Persidangan Agung UMNO (PAU) minggu depan, sekali gus memberi isyarat bahawa usaha memperkukuh hubungan politik antara kedua-dua parti terus berjalan.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keyakinan itu berdasarkan penekanan terhadap agenda berkenaan yang diyakini diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri.
“Kita yakin itu adalah satu penekanan daripada Presiden UMNO itu sendiri dan digambarkan kepada kita agenda.
“Kami dijemput dan kami akan hadir. Cuma siapa yang akan hadir itu belum dimuktamadkan lagi,” katanya semasa sidang media Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Takiyuddin optimis hubungan antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) tidak diganggu pihak lain.
“Kita amat yakin, kita sangat yakin, kita amat pasti bahawa hubungan antara PN dengan BN ini tidak ada pihak lain lagi,” ujarnya. – UTUSAN
The post Pas yakin penyatuan ummah bergema di PAU appeared first on Utusan Malaysia.






