“Pasal Duit Semua Benda Boleh” – Lelaki Bitter Staf Stesen Minyak Dapat Duit Tip

24 May 2024 • 2:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini tular video di X, video seorang lelaki bengang apabila staf di stesen minyak menerima duit tip dari pelanggan Singapura. Kejadian yang berlaku di Johor ini meraih perhatian netizen.

Menurut hantaran itu, lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan pekerja yang didakwa lebih memilih untuk membersihkan kereta orang Singapura.

Dia juga menyatakan pekerja stesen minyak langsung tak pandang kalau kereta itu adalah kereta orang tempatan.

Tengok kejap lagi dia dapat duit masuk dalam poket. Pasal duit semua benda boleh.

Kadang-kadang dorang isi RON95 pun buat tak tahu je sebab dapat tip.

image is not available

Mininjau ruangan komen, netizen berpendapat tindakan yang dilakukan oleh staf berkenaan tidak menjadi satu kesalahan.

Apa yang bitter sangat.

image is not available

Dia bagi service, pelanggan bagi tips, Normal lah! Tak salah pun. Nak complain pasal apa? Kalau nak dilayan bayar lah.

image is not available

Namun hasil pemerhatian kami di Oh! Media, hantaran tersebut telah dipadam kerana menerima kecaman yang banyak dari netizen.

Amboi bitter betul sampai tuduh pekerja tu macam-macam. Apa-apa pun semoga kejadian ni tak patahkan semangat staf tu dan diharapkan makin bermotivasi nak bekerja.

Kredit: X @updateinfo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.