“Belum naik dah sombong” – Dikecam Sebab Tak Kenal Dolla, Pengurusan SMDX Mohon Maaf

Entertainment
24 May 2024 • 12:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial di mana salah seorang anggota girl group baharu dari Sabah, SMDX mengeluarkan kenyataan berbaur sombong.

Ia merupakan tangkap layar video dari sesi live salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu El yang berkata dia sudah cukup training mentalnya untuk menghadapi kecaman dari orang ramai kerana pemakaiannya.

Malah, dia juga berkata haters yang memberi kecaman terhadapnya itu tidak ‘moden’, dia juga berkata dia tidak mengenali girl group tempatan yang sudah menempa nama di persada antarabangsa iaitu Dolla.

@xtra_my

Mental Elle ahli Kumpulan SMDX (Sumandax) dah ready katanya Betul ke tak kenal siapa Dolla? #fyp #xtra #elle #SDMX #sumandax #sabah #tak #kenal #dolla #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Susulan tularnya video tersebut, pihak pengurusan SMDX, XENO Group membuat permohonan maaf atas perkara tersebut namun tidak akan berkrompomi jika ada kecaman yang membuli serta memalukan artis-artis mereka.

Pihak mereka turut memadam komen-komen netizen yang mengecam ahli kumpulan SMDX itu, selain menutup ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XIOKK Entertainment (@xiokk.my)

Dalam pada itu, pihak pengurusan artis tersebut juga membuat kenyataan berkenaan lagu Original Sabahan yang dikatakan hasil plagiat serta memohon maaf atas pakaian ahli kumpulan SMDX itu.

Sumber: Instagram, Xtra

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.