Pasangan Bawa Bayi Pakai Alat Pernafasan Tunggang Motosikal Sudah Hilangkan Diri?

26 May 2024 • 2:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh dengan pendedahan bahawa pasangan yang tular membawa seorang bayi lelaki yang memakai alat pernafasan menaiki motosikal sebenarnya belum berkahwin.

image is not available

Pasangan itu kemudiannya diarahkan untuk berpisah sementara namun dalam masa yang sama pihak masjid Al Maarufi mengatakan pihak mereka akan membantu pasangan itu untuk bernikah dalam masa terdekat.

Namun, hari ini, kecoh pula apabila pasangan tersebut dipercayai telah menghilangkan diri, lapor media Berita Harian.

Mereka dipercayai telah menghilangkan diri kerana tidak menjawab panggilan apabila cuba dihubungi oleh pihak media.

Bukan itu sahaja, menurut Harian Metro, pasangan tersebut juga telah mematikan talian.

Malah, menurut Muhammad Hazamer Mualim iaitu Pengerusi Qariah Masjid Al Maarufi, iaitu masjid yang terletak berdekatan dengan rumah mereka juga mengatakan pihak mereka tidak dapat mengesan lelaki tersebut apabila pihaknya memantau kawasan rumahnya.

Difahamkan, hanya ibu lelaki tersebut sahaja yang ada di rumah terbabit seorang diri. Walau bagaimanapun, keadaan ibu lelaki itu yang mempunyai penyakit angin ahmar dipantau oleh jiran-jiran.

Muhammad Hazamer turut mengatakan bahawa pihak Pejabat Agama Daerah telah memberi kebenaran untuk pasangan itu menyerahkan dokumen berkaitan agar mereka dapat bernikah dengan mudah.

Walau bagaimanapun, menurutnya, pihak mereka masih belum menerima dokumen yang diperlukan daripada pasangan tersebut setakat artikel ini ditulis.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.