“Tak jawab call sebab ada urusan tertentu”- Pasangan Tular Bawa Bayi Naik Motosikal Muncul Isi Borang Nikah

26 May 2024 • 5:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tengah hari tadi, kecoh diperkatakan di media sosial bahawa pasangan yang tular membawa bayi berusia 11 bulan yang sakit menaiki motosikal telah menghilangkan diri mereka.

image is not available

Mereka dipercayai menghilangkan diri setelah tidak menjawab panggilan apabila cuba dihubungi.

Walau bagaimanpun, spekulasi atau dakwaan bahawa mereka berdua telah menghilangkan diri ternyata tidak benar kerana lelaki berusia 36 tahun yang dikenali sebagai Mohd Azlan itu telah hadir ke pejabat Masjid Al Maarufi untuk mengisi borang untuk bernikah dengan pasangannya, Norhidayu.

Difahamkan, lelaki itu telah ke masjid untuk urusan borang nikah itu pada sekitar jam tiga petang tadi, lapor Harian Metro.

Lelaki itu juga telah dibantu oleh Muhammad Hazamer Mualim merangkap pengerusi Qariah masjid berkenaan untuk mengisi borang kahwin.

Azlan turut dinasihatkan untuk melaksanakan prosedur-prosedur untuk berkahwin seperti pemeriksaan HIV dan beberapa lagi prosedur lain yang wajib dilakukan sebelum bernikah.

Difahamkan, borang nikah itu juga akan segera dihantar oleh lelaki itu ke Pejabat Agama Daerah Kota Setar.

Urusan perkahwinan pasangan itu juga akan segar dilangsungkan sebaik sahaja selesai semua urusan terbabit.

Difahamkan lagi, mereka berdua tidak menghilangkan diri namun tidak menjawab telefon ketika cuba dihubungi kerana mempunyai urusan lain.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.