Pasangan Mangsa Batang Kali Rai Anggota Penyelamat, Tanda Terima Kasih Atas Usaha Ketika Tragedi

Entertainment
3 Jan 2023 • 1:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penghujung tahun 2022 ternyata sarat dengan kesedihan apabila berlakunya tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor yang mengorbankan 31 nyawa.

Kejadian ini ternyata meninggalkan kesan yang mendalam terhadap kehidupan mangsa-mangsa yang terlibat, namun ia tidak menghalang mereka untuk berterima kepada anggota penyelamat yang bertungkus lumus dalam menyelamatkan mangsa yang terbabit dalam kejadian ini.

“Terima kasih hero kami…”

Baru-baru ini, sepasang suami isteri yang terselamat dalam tragedi berkenaan telah berkesempatan untuk bertemu dengan anggota penyelamat yang menyelamatkan mereka untuk mengucapkan terima kasih atas pertolongan yang diberikan, lapor Bernama.

Pasangan ini antara yang terawal diselamatkan anggota yang bertugas dan antara yang hadir dalam pertemuan tersebut yang diadakan di sebuah restoran ialah Kapt. (PA) Hilmi Husman, Leftenan Muda (PA) Mohammad Amin Rosdi dan Staff Muda (PA) Mohd Firdaus Abd. Samad dari Angkatan Pertahanan Awam Hulu Selangor.

Lebih menyedihkan, meskipun cahaya mata pasangan ini terkorban dalam kejadian itu, mereka tetap menghargai jasa kesemua penyelamat yang terlibat.

Mangsa juga sempat mengimbas kembali saat-saat kejadian berlaku, yang mana isterinya menyuruh anggota penyelamat menyelamatkan anaknya terlebih dahulu tetapi anggota berkenaan tidak sampai hati untuk memberitahu bahawa anak mangsa sudah meninggal dunia.

Pertemuan pasangan suami isteri ini dengan anggota penyelamat ternyata menyentuh hati netizen dan ramai yang mendoakan semoga mangsa-mangsa yang terselamat tabah mengharungi kehidupan tanpa orang tersayang di sisi.

Usaha yang dicurahkan anggota penyelamat yang terlibat ini memang tiada bandingnya. Terima kasih diucapkan buat hero-hero ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.