Pasangan Penuntut Kolej Ditahan, Bayi Perempuan Ditemui Maut Dengan Kesan Tikaman

30 Jul 2026 • 2:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Pasangan Penuntut Kolej Ditahan, Bayi Perempuan Ditemui Maut Dengan Kesan Tikaman

KUALA LUMPUR - Sepasang penuntut kolej berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan selepas seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan maut di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, di Kluang, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 1 tengah hari selepas seorang pelajar wanita dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang kerana dipercayai baru sahaja melahirkan anak.

Menurut beliau, pelajar terbabit menghubungi gurunya selepas melahirkan bayi berkenaan sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pelajar itu telah melahirkan seorang bayi dan masih mengandung seorang lagi bayi perempuan.

“Siasatan lanjut di rumah sewa pelajar itu menemukan mayat seorang bayi perempuan di dalam mangkuk tandas,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan awal terhadap mayat bayi berkenaan turut menemui beberapa kesan tikaman pada tubuh mangsa, namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan.

Susulan itu, polis menahan seorang penuntut lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai teman lelaki kepada pelajar wanita berkenaan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana melakukan atau cuba melakukan perbuatan yang menyebabkan kematian bayi yang belum dilahirkan atau bayi yang baru dilahirkan. - Getaran, 30 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved