Pasangan pilih konsep ‘child free’, Achey tampil bersuara – “Kerjaya tak boleh masuk kubur!”

Family & Parenting
1 Jul 2024 • 4:23 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Achey tampil bersuara

Pelawak Achey tampil bersuara berhubung kenyataan sepasang suami isteri yang mengakui memilih untuk tidak mempunyai anak yang dianggap sebagai satu bebanan dalam rumah tangga.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah di laman Instagram, dia berpandangan anak adalah penyeri dalam hidup dan menjadi pewaris keluarga yang akan mendoakan ibu bapanya.

Achey tampil bersuara

image is not available

“Mak nenek moyang awak pun agak menyesal bila awak keluarkan statement ini. Pewaris dan penyeri dalam hidup tu dik, kerjaya awak tak boleh masuk kubur.

“Doa anak yang boleh tembus yang suami pun aku kalau depan-depan aku ‘jack’ je ni. Aku bab anak ni memang tak boleh lah, banyak lagi nak cakap ni,” kata Achey menerusi ruangan kapsyen.

Achey tampil bersuara

image is not available

Bukan itu sahaja, pelawak yang berusia 38 tahun itu akui pilihan untuk mempunyai zuriat atau tidak adalah hak masing-masing namun, pasangan terbabit tak sepatutnya membawa pengaruh negatif terhadap orang lain.

“Tapi keputusan tu hak korang.. cuma aku tak suka statement kau racun pemikiran orang lain tu. Kau video kan pulak, kau ni karang” ujarnya lagi.

image is not available

Sekadar info, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat pada tahun 2018 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instagram @Acheykintangkintung