“Saya Diserang Peminat..” – Sebar Nombor Orang Awam, Mangsa Gesa Renjun NCT Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

EntertainmentMusic
21 Jun 2024 • 12:39 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Renjun NCT telah berkongsi satu nombor yang dikatakan milik sasaeng, yang mana pemilik nombor itu kemudiannya telah diserang oleh peminat NCT.

Pada hari yang sama, seorang individu telah tampil bersuara dan mendedahkan bahawa nombor itu sebenarnya ialah miliknya.

Dalam kenyataannya, individu tersebut menjelaskan bahawa dia bukanlah peminat sasaeng, namun dia sebenarnya tersalah telefon nombor ahli NCT tersebut ketika cuba untuk menghubungi rakan atas taliannya. Malah, dia juga turut mendedahkan bahawa dia hanya mendail nombor milik penyanyi itu sekali sahaja.

Selain daripada menunjukkan semua bukti, individu tersebut turut mempamerkan laporan polis yang dibuatnya selepas dia diserang dan diugut oleh peminat NCT.

Selepas laporan dibuat, pengurus penyanyi tersebut telah menghubungi polis untuk memohon maaf diatas pihak Renjun.

Namun, disebabkan nombornya telah disebarkan tanpa sebab yang kukuh, mangsa ingin Renjun untuk memohon maaf secara terbuka dan tampil beri penjelasan secara peribadi.

Sehingga kini, SM Entertainment masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan tentang isu ini.

Kesiannya mangsa..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.