Pasangan remaja dicekup kantoi ‘buat projek’ dalam tandas surau

22 Jun 2026 • 7:37 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

KULIM – Tindakan penduduk kampung yang peka terhadap pergerakan mencurigakan di sebuah surau di Kampung Tok Rasul, Kilang Lama di sini membawa kepada penahanan sepasang remaja awal pagi tadi selepas disyaki melakukan perbuatan tidak bermoral di kawasan tandas rumah ibadat itu.

Kedua-dua remaja berusia 18 dan 15 tahun itu dicekup kira-kira jam 1.30 pagi selepas dilihat berulang kali keluar masuk ke kawasan surau oleh orang awam yang berada berhampiran.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat orang awam yang curiga dengan gelagat pasangan terbabit pada lewat malam.

“Penduduk yang membuat pemeriksaan mendapati pasangan itu berada di dalam tandas surau dalam keadaan separuh bogel sebelum memaklumkan kepada pengerusi surau dan penguat kuasa agama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati remaja lelaki berasal dari Sungai Kob bekerja sebagai peniaga nasi lemak dan mengaku masih bujang, manakala remaja perempuan berusia 15 tahun berasal dari Changlun serta tidak lagi bersekolah dan tinggal bersama ibu saudaranya di Sungai Ular.

“Mereka mengaku bukan suami isteri dan tidak mempunyai hubungan mahram,” katanya.

Kedua-dua remaja terbabit kini telah ditahan untuk tindakan lanjut oleh pihak berkuasa agama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved