Pasangan suami isteri dilapor hilang serah diri

6 Aug 2026 • 2:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pasangan suami isteri dilapor hilang serah diri

KUBANG PASU: Sepasang suami isteri yang dilaporkan hilang bersama anak lelaki mereka sejak 20 Julai lalu tampil menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, lelaki dan wanita berusia 39 serta 36 tahun itu hadir di IPD Kubang Pasu kira-kira pukul 1.50 pagi.

“Pasangan suami isteri itu akan dibawa ke Mahkamah Jitra pada pagi ini untuk proses reman,” katanya di sini hari ini.

Akhbar ini semalam melaporkan polis sedang mengesan tiga sekeluarga dari Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam selepas dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu.

Laporan kehilangan pasangan berkenaan dibuat oleh bapa kepada wanita itu yang berusia 62 tahun. 

Ahli keluarga memaklumkan kali terakhir mereka dapat menghubungi ketiga-tiga individu berkenaan adalah pada 20 Julai sebelum mereka gagal dihubungi.

Siasatan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan tersebut mendapati tiga beranak itu pulang ke rumah dengan sebuah kenderaan pada pukul 1.12 pagi, Isnin lalu sebelum keluar semula kira-kira sejam lapan minit kemudian.

Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan kehilangan tiga beranak itu mempunyai kaitan dengan hutang permainan kutu susulan satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM25,000.-UTUSAN

The post Pasangan suami isteri dilapor hilang serah diri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved