Penunggang motosikal hilang kawalan sebelum digilis lori

6 Aug 2026 • 11:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penunggang motosikal hilang kawalan sebelum digilis lori

KAJANG – Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh dan digilis sebuah lori dalam kejadian di Jalan Semenyih, di sini petang tadi.

Kemalangan pada pukul 4 petang itu meragut nyawa seorang lelaki warga asing berusia 44 tahun. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, pemandu lori lelaki tempatan berusia 60 tahun dalam perjalanan dari Sungai Lalang untuk ke Batu Pahat, Johor.

“Setibanya di tempat kejadian, mangsa yang membawa bekalan susu segar dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh dan terperosok ke bawah lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, semakan mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Penunggang motosikal hilang kawalan sebelum digilis lori appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved