‘Tok’ ditahan cabul empat wanita

6 Aug 2026 • 8:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Tok’ ditahan cabul empat wanita

SEREMBAN – Seorang pengamal rawatan alternatif yang dipanggil ‘Tok’ dalam kalangan pelanggan ditahan polis selepas dipercayai mencabul empat mangsa wanita di sebuah pusat rawatan di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasharudin Mohd Shariff berkata, lelaki berusia 60-an itu ditahan pada 27 Julai lalu di sekitar Senawang selepas pihak polis menerima empat laporan polis berkaitan kes berkenaan.

“Susulan laporan itu, pihak polis telah menjalankan siasatan dengan merakam percakapan mangsa dan saksi-saksi selain memperoleh bahan bukti yang berkaitan.

“Bertindak atas maklumat yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

The post ‘Tok’ ditahan cabul empat wanita appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved