Pasangan Tular Bawa Bayi Lelaki Naik Motosikal Sah Bergelar Suami Isteri

28 May 2024 • 7:17 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pasangan Tular Bawa Bayi Lelaki Naik Motosikal Sah Bergelar Suami Isteri

Pasangan yang baru-baru ini tular membawa anak kecil memakai alat pernafasan dengan menaiki motosikal dilaporkan kini sah bergelar suami isteri.

Menurut Sinar Harian, mereka selamat dinikahkan di Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Kuala Kedah pada petang Selasa.

Mohd Azlan Ishak, 36, dan Nor Hidayu Halim, 34, dinikahkan selepas solat Asar oleh Imam Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer Mualim dengan sekali lafaz.

Pasangan itu memakai baju sedondon putih dengan pengantin lelaki menyediakan mas kahwin sebanyak RM1,000 dan sebentuk cincin emas.

Dalam pada itu, Muhammad Hazamer yang juga Pengerusi Masjid Al Maarufi Seberang Kota berkata, pihaknya berterima kasih atas bantuan semua pihak dalam memudahkan urusan pernikahan pasangan tersebut.

Beliau juga berharap masyarakat dapat terus memberikan sokongan kepada kedua-dua pasangan itu untuk meneruskan kehidupan baharu ini.

Terdahulu, pasangan itu tular selepas gambar mereka membawa bayi lelaki memakai alat bantuan pernafasan dengan menaiki motosikal mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Sinar Harian