Pasangan tular sah bergelar suami isteri, nikah selepas solat Asar

28 May 2024 • 6:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pasangan tular sah bergelar suami isteri apabila dinikahkan di Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Kuala Kedah oleh imam masjid, Muhammad Hazamer Mualim.

Pasangan tular sah bergelar suami isteri

Memetik laporan dari Sinar Harian, Mohd Azlan Ishak, 36 dan Nor Hidayu Salim selamat mendirikan rumah tangga dengan sekali lafaz selepas solat Asar tadi.

Nor Hidayu yang sedondon memakai busana berwarna putih menerima sebentuk cincin emas dan mas kahwin bernilai RM1,000.

image is not available

Imam ucap terima kasih beri sokongan kepada pasangan tular

Dalam pada itu, Muhammad Hazamer Mualim yang menikahkan pasangan tersebut telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memudahkan urusan mereka dalam menghalalkan hubungan.

Dia juga menitipkan pesan supaya masyarakat dapat memberikan sokongan kepada mereka melayari kehidupan baru bersama anak-anak.

“Mereka ini sudah berusaha untuk menghalalkan hubungan dan seharusnya kita menolong mereka dengan tidak berbicara yang buruk tentang status perkahwinan mereka ini.

Selepas selesai urusan akad nikah ini, saya nasihatkan dia juga untuk selesaikan urusan nasab anaknya pula,” katanya.

image is not available

Kredit foto: Sinar Harian

Terdahulu, kisah pasangan yang tular membawa anak mereka menaiki motosikal dengan alat bantuan pernafasan khas telah mendapat perhatian ramai.

Selain Perdana Menteri Malaysia yang menghulurkan bantuan,, pasangan terbabit turut menerima sebuah kereta terpakai jenis Proton Persona bagi membolehkan mereka bergerak membawa anak-anak ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan.

Sumber: Sinar Harian (Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor)