Tahniah! Pasangan Tular Sah Bergelar Suami Isteri Petang Tadi

28 May 2024 • 6:57 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Pasangan tular kahwin

Pasangan tular yang bawa bayi guna alat pernafasan dengan menaiki motosikal akhirnya selamat dinikahkan di Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Kuala Kedah sebentar tadi. Alhamdulillah!

Menurut laporan Sinar Harian, Mohd Azlan Ishak yang berusia 36 tahun dan Nor Hidayu Halim berusia 34 sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz selepas dinikahkan Imam di masjid itu, Muhammad Hazamer Mualim selepas solat Asar tadi. 

Nor Hidayu menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan sebentuk cincin emas.

Pihak masjid juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan pasangan itu.

Bukan tu jer, orang luar juga diminta untuk memberikan sokongan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan baru dan perkara ini dikatakan sendiri Pengerusi Masjid Al Maarufi Seberang Kota, Muhammad Hazamer.

Mereka ini sudah berusaha untuk menghalalkan hubungan dan seharusnya kita menolong mereka dengan tidak berbicara yang buruk tentang status perkahwinan mereka ini.

Selepas selesai urusan akad nikah ini, saya nasihatkan dia juga untuk selesaikan urusan nasab anaknya pula.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved