
Pasangan tunang dicekup dalam satu serbuan yang dijalankan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Pihak JAIM memaklumkan pihaknya menerima aduan daripada orang awam berkaitan kes khalwat.
Semasa serbuan dijalankan, lelaki berkenaan memberi alasan bahawa dia membantu tunangnya mengemas rumah selepas selesai majlis rumah terbuka.
Hasil pemeriksaan mendapati pasangan tersebut baru bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga.
@unit.operasi.bpk Selamat Hari Raya Aidilfitri #operasi #bpk #jaim #penguatkuasaagama #kerja
Baca juga:
Allahyarham Saripul terima penghormatan terakhir sebagai penderma organ
JPJ Selangor raih pujian, tumpangkan sebuah keluarga naiki kereta peronda
Tiada tol di Selat Hormuz, Iran jamin laluan selamat kapal Malaysia
Pegawai JAIM mengingatkan bahawa pasangan berkenaan merupakan individu bukan mahram dan perbuatan bersekediaman serta berkurung boleh mendatangkan syak dan merupakan satu kesalahan.
“Kita tak tuduh awak berzina, tapi kena faham bila berdua-duaan tiada hubungan, berkurung mendatangkan syak, satu kesalahan,” katanya.
Kedua-dua suspek yang berusia 24 dan 27 tahun dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan lanjut.
The post Pasangan tunang dicekup, beri alasan bantu kemas rumah selepas open house appeared first on The Reporter.



