Pasar raya Mydin bakal dibuka di KITA @ Cybersouth

8 Sep 2026 • 8:46 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pasar raya Mydin bakal dibuka di KITA @ Cybersouth

PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS) telah memeterai perjanjian penyewaan dengan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) bagi memperkukuhkan landskap peruncitan dan komersial di perbandaran utamanya iaitu KITA @ Cybersouth.

Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan berterusan di projek hartanah tersebut dan Mydin bakal menjadi pasar raya pertama di perbandaran ini.

Melalui kerjasama tersebut, Mydin akan menawarkan kemudahan dan akses yang lebih baik kepada penduduk serta komuniti sekitar, di samping memperkukuh ekosistem komersial dan menyokong transformasi KITA @ Cybersouth sebagai sebuah komuniti dinamik.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, sejajar de­ngan perkembangan KITA @ Cybersouth, adalah penting untuk memastikan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di dalam perbandaran ini terus berkembang selaras dengan ke­perluan para penduduk.

“Kehadiran Mydin sebagai pasar raya pertama di perbandaran ini merupakan satu lagi langkah ke arah mewujudkan sebuah komuniti yang lebih lengkap dan Mydin merupakan jenama tempatan yang amat dipercayai serta mempunyai pemahaman yang kukuh terhadap keperluan pengguna.

“Sudah tentu kami amat berbesar hati serta mengalu-alukan kehadiran Mydin ke KITA @ Cybersouth,” katanya.

Beliau berkata demikian bersempena majlis pemeterai­an perjanjian tersebut dengan Mydin diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin.

Merentasi kawasan seluas kira-kira 253.2 hektar Tanah Rizab Melayu, pembangunan KITA @ Cybersouth dirancang teratur sebagai perbandaran bersepadu yang menghimpunkan kompo­nen kediaman, penawaran ko­mersial, jaringan perhubungan serta kemudahan komuniti de­ngan persekitaran dengan akses yang baik.

Mydin akan mendiami kawa­san tanah seluas 0.548 hektar dengan binaan 24,000 kaki persegi, melengkapi pembangu­nan ber­terusan KITA Avenue Square, yang kini dalam pembinaan dan ditawarkan dengan harga bermula RM1,399,000.

Secara keseluruhannya, pe­na­waran runcit ini dijangka menyediakan pilihan produk dan perkhidmatan yang lebih luas untuk penduduk, di sam­ping mewujudkan sinergi kukuh dalam ekosistem komersial di perbandaran tersebut.

Melalui anggaran penduduk seramai kira-kira 67,000 orang, KITA @ Cybersouth disokong demografi penduduk dengan majoriti terdiri daripada golongan muda.

Kini pembangunan yang di­rancang adalah sebanyak kira-kira 16,000 unit, dengan sekitar 40 peratus telah siap dibangunkan, manakala lima peratus lagi sedang dalam pembangunan dan baki 55 peratus masih di peringkat perancangan. -KOSMO! ONLINE

The post Pasar raya Mydin bakal dibuka di KITA @ Cybersouth appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved