Pasport Malaysia kedua paling berkuasa di dunia

28 Sep 2026 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pasport Malaysia kedua paling berkuasa di dunia

PUTRAJAYA, 28 SEPT: Pasport Malaysia naik ke tangga kedua paling berkuasa dunia menerusi data dikeluarkan The Passport Index Global Ranking 2026 berbanding berada pada kedudukan ketiga, tahun lepas.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam hantaran menerusi media sosial hari ini memaklumkan pencapaian berkenaan mencerminkan kekuatan dan penerimaan pasport Malaysia pada peringkat antarabangsa.

"Berdasarkan penarafan tersebut, pemegang pasport Malaysia mempunyai akses ke 175 destinasi merangkumi 129 destinasi bebas visa, 46 destinasi dengan visa semasa ketibaan dan 23 destinasi memerlukan visa," menurut hantaran berkenaan.

Berdasarkan data itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) diiktiraf memiliki pasport paling berkuasa dunia diikuti Malaysia yang berkongsi kedudukan kedua dengan Singapura, manakala Sepanyol di tangga ketiga.

Bagi negara Asia Tenggara pula, pasport Brunei berada pada kedudukan ke-18 dunia diikuti Timor-Leste (45), Thailand (52), Indonesia (55), Filipina (64), Vietnam (71), Kemboja (73), Laos (78), dan Myanmar (85).

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved